Friday, March 15, 2013

Contoh Rumusan PBS Pengajian Am

Assalamualaikum..

Okee, malam ni last update untuk PBS PA. *Dari haritu lagi asyik duk last update, tapi still update jugak. Lepas berborak panjang dengan Ruby, akhirnya siap jugak PBS PA yang bakal disemak oleh cikgu PA aku minggu depan. Too much work to done by this weekend. So, whatever it is I need to finish up the pbs by today. Lalalalalla ~

Okee, ni rumusan yang belum disemak. BELUM kay. Tapi boleh laa kalau nak buat rujukan. Esok bakal dicheck oleh cikgu PA dan akan dimurnikan kelak.


RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor kepuasan pelanggan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat, Pekan, Pahang. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Skop kajian ini adalah meliputi persoalan kajian mengenai persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan makanan, kepelbagaian menu makanan, harga makanan dan layanan yang diberikan oleh pekerja di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat, Pekan.
Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 30 orang responden pelbagai status yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat, Pekan. Data mentah yang telah diperolehi daripada kajian ini, dianalisis oleh pengkaji sendiri. Analisis kajian ini dilakukan secar deskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan.
Keseluruhan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah Dato’ Mahmud Mat, Pekan, Pahang. Pelajar, guru serta kakitangan sekolah perlu berani untuk memperjuangkan hak-hak mereka sebagai pengguna seperti hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk membuat pilihan, hak mementuingkan keselamatan dan kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, pelajar, guru dan kakitangan sekolah perlulah memainkan peranan sebagai pengguna yang rasional demi kesihatan tubuh badan.
Berdasarkan aspek kebersihan, didapati pengusaha kantin ada mengamalkan peraturan sanitasi tetapi tidak begitu ketat. Makanan yang dihidangkan di kantin hanya berada pada tahap sederhana. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, makanan yang dihidangkan tidak bertutup dan terdedah kepada lalat.
Bagi kebersihan peralatan dan kelengkapan pula, ia memuaskan. Pinggan mangkuk yang disediakan bersih dan tidak berbau detergen. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian pengkaji, bawah dan atas meja makan tidak begitu bersih dan masih terdapat sisa makanan.
Kepuasan pelanggan pada kebersihan kantin kawasan kantin adalah sederhana sahaja kerana terdapat ramai responden menyatakan bahawa sinki basuh tangan tidak bersih dan sering tersumbat. Keadaan lantai juga sederhana kerana ia tidak sentiasa kering dan bersih.

Hasil dapatan kajian mendapati makanan yang dijual mempunyai pelbagai makanan selain menu yang disediakan adalah sama pada setiap hari yang menyebabkan kejemuan kepada pelanggan. Responden turut menyatakan makanan yang disediakan kurang menyelerakan.
Akan tetapi masih ada responden bersetuju bahawa makanan yang disediakan dimasak dengan pelbagai cara seperti menggoreng, merebus dan menumis. Mereka turut bersetuju makanan yang disediakan mempunyai pelbagai pilihan.
Harga makanan yang dijual di kantin jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan pengusaha kantin yang dahulu. Hal ini demikian kerana, ramai responden tidak bersetuju dengan harga makanan yang dikenakan oleh pihak kantin sekolah kepada pelanggan. Hasil kajian mendapati harga makanan yang dikenakan masih dalam kemampuan pelajar, tetapi tidak semua pelajar mampu membeli makanan dengan harga tersebut.
Perilaku dan layanan yang diberikan oleh pekerja kantin kepada pelanggan tidak memuaskan kerana terdapat ramai menyatakan bahawa mereka mendapat layanan yang tidak memuaskan daripada pekerja kantin. Antara sikap yang ditunjukkan oleh pekerja kantin ialah, tidak tersenyum semasa memberi layanan di samping tidak mengucapkan terima kasih kepada pelanggan selepas membuat pembayaran.
Walau bagaimanapun, ada segelintir responden menyatakan bahawa mereka ada kalanya menerima layanan baik daripada pekerja kantin seperti dilayan dengan sikap kasar. Terdapat juga responden bersetuju bahawa pekerja kantin ini kurang memberikan salam kepada mereka.


Yeayhhh. Dah siap! So, get ready untuk presentation and help Bui to finish his PBS this holiday. 

*Taip semalam. Tapi akibat kemengantukan yang teramat sangat. Pagi ni baru publish. 

SyafiqahRazali :: Result oh result. 





entry ni tak cun pun

33 comments:

  1. pbs kmu brp pth prktaan kslruhn?

    ReplyDelete
  2. belum combine kan semua lagi. jdi taktahu brape patah perkataan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kbo j r 100 pp...ha33..fail2

      Delete
  3. tq soo much miss syafiqah razali. contoh yang kamu berikan memang membantu saya. tq soooooo much......

    ReplyDelete
    Replies
    1. gedik nye...cm taik j

      Delete
  4. yg ksluruhan kajian tu,, mcmana nak hurai ye...
    contoh nye sya bwt tajuk cabaran perniagaan...
    so....mcmne eh..

    ReplyDelete
  5. shaliny : Most welcome. :)

    Eyna : oke, awak boleh huraikan cabaran2 perniagaan. contoh, cabaran dari segi modal. awk hurai la sikit ttg macam mana orang tu atasi masalah modal. dia buat pnjaman dengna bank and so on :)

    ReplyDelete
  6. tak payah buat kesimpulan ke o.O?

    ReplyDelete
  7. nazihah : analisis dulu baru buat data.

    Anoy : kena buat kesimpulan. Tapi y contoh ni belum siap sepenuhnya. tu yang takde kesimpulan.

    ReplyDelete
  8. Klu nk wt rumsn knderaan y digunakan dalam kalangan guru.bley xbg cntoh2?:( pening2

    ReplyDelete
  9. Mksud sy. Tlg bg cntoh rumuusn tjukk sy uh.cket2 pon boley laa.:(

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... blog awk ni mmg mmbantu sgt2... terima kasih byk2 ye!konfem sye akan letak link blog awk ni dlm bibliografi pbs sye nti.. klau bleh nt awk bgila serba sdikit pnduan sket cmne nk wat slideshow power point pbs p.am ni? TQVM..
    p/s: hidup org pekan! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa....pah gi2 skali...hor oloh...glepor

      Delete
  11. Anoy : maaf. sibuk memanjang. huu. mohon add kawan sy dekat fb. dy buat tajuk pengangkutan. Rabiaton Saadiah.

    ReplyDelete
  12. Sangat2 membantu . Terima Kasih kongsi panduan ini :D

    ReplyDelete
  13. tq to you, because of this blog i can finish my pbs...tq again..hehe!

    ReplyDelete
  14. Cikgu saya kata perlu ada cadangan.Betulke?

    ReplyDelete
  15. Anoy : Haah. Kena masukkan cadangan. Melainkan tajuk awak tu memang dah ada cadangan baru takyah sebut.

    ReplyDelete
  16. Hey Syafiqah thank you so much sebab I refer blog u untuk siapkan PBS saya ni. Tak habis-habis buat pembetulan!! Thanks =)

    ReplyDelete
  17. terima kasih banyak2 sebab post entry2 PA :) saya selalu datang refer kat sini bila ade ape2 x faham. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  18. salam,boleh bagi contoh sikit tentang rumusan tentang permainan futsal boleh tak,..harap dapat membantu,,,,

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah awak punye ni sngt membantu sye,,, trime kasih

    ReplyDelete
  20. boleh x klu kesimpulan tu drumuskan dalam satu perenggan je

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...blh kh sy ma...ma....masu...masu...massss....masuk....pi ...pi...pin....pina....pin...ang....pinjam....r

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas semua info dan tunjuk ajar. I appreciate all your good works. Sangat membantu untuk bagi idea kt saya. Thanks.. Semoga Allah memberkatimu selalu.

    ReplyDelete
  23. syafiqah boleh beri sedikit tips unduk presentation. dan apa pekara yang patut ada di presentation itu nanti... tolong......:(

    ReplyDelete

 
syafiqahrazali's blog since 2009❤