Tuesday, February 19, 2013

Contoh Pengenalan PBS Pengajian Am


Assalamualaikum..

'Sila jangan menyalahgunakan sumber yang diberi. Sekian :) '

Untuk pengenalan, pelajar perlu sertakan 5 perkataan yang sering digunakan dalam kajian. Setiap perkataan mestilah mempunyai 3 sumber yang sahih. Sebagai contoh, sumber dari Kamus Dewan, Wikipedia dan blog. Pelajar juga perlu sertakan nama penulis dan tahun terbitan. Tahun mestilah di dalam kurungan.5000 perkataan bermula dari pengenalan. Jadi, pelajar perlu membuat ayat sepanjang mungkin bagi membantu memenuhi kuota 5000 patah perkataan tersebut. Pengenalan ini menceritakan tentang bahan kajian. 

Setelah selesai, sila buat rujukan dengan guru PA anda. Ini dapat membantu anda beroleh markah yang lebih banyak. Setiap kali pertemuan, kepilkan sekali borang perjumpaan bersama guru yang teah dibekalkan. Borang ini juga membantu pelajar beroleh markah. 



1.0 PENGENALAN  

Menurut Wan Muhammad Aizuddin (2011), dalam kehidupan manusia seharian, makanan merupakan keperluan asasi yang penting untuk menjamin kesihatan di samping memberi tenaga kepada manusia untuk melakukan kerja untuk tumbesaran, membiak  dan melaksanakan segala proses kelangsungan hayat. Disamping itu juga, makanan dapat memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti kehidupan seharian seperti bekerja, belajar, bermain, dan beriadah. Makanan juga merupakan pembekal nutrien yang penting kepada tubuh badan manusia. Ia membantu memberikan manusia kecerdasan untuk berfikir dan membantu manusia menjalankan aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Pengambilan makanan yang seimbang dan terjamin kebersihannya dapat menjamin kesihatan individu.

Merujuk kepada KantinSKTS (2010), kantin sekolah didefinisikan sebagai premis yang beroperasi di dalam kawasan sekolah bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam kalangan murid terutamanya untuk mendapatkan juadah dan makanan pada waktu rehat sepanjang sesi persekolahan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kantin ialah tempat makan dan minum di sekolah, pejabat dan lain-lain. Selain itu, mengikut Rosadila Febritasari (2012), kantin sekolah adalah suatu ruang atau bangunan yang berada di sekolah mahupun perguruan tinggi yang menyediakan makanan pilihan yang sihat untuk pelajar dan dilayani oleh petugas kantin. Seperti yang kita tahu, sesetengah kantin tidak akan memberi kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk melakukan kajian terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat.

Untuk itu, kepuasan pelanggan harus diutamakan oleh pihak kantin bagi memastikan makanan yang disediakan menepati kehendak mereka selain sesuai dengan nutrisi yang sihat dan mencukupi. Sebagai sebuah unit yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kantin, Unit Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab bagi memenuhi kepuasan pelanggan dalam kalangan murid memandangkan kantin sekolah merupakan premis tunggal yang menyediakan makanan buat warga  sekolah pada waktu rehat (KantinSKTS ,2012).

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya mendapati bahawa ramai pelajar, guru dan kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat. Saya mendapati banyak aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kekangan yang timbul di kantin tersebut.

Saya juga mendapati bahawa, bilangan pekerja kantin adalah seramai 8 orang. Bilangan pekerja perempuan ialah seramai 8 orang dan tiada pekerja lelaki. Melalui kaedah pemerhatian, saya menganggarkan umur pekerja kantin adalah diantara 18-45 tahun.

Melalui kajian ini juga, saya mendapati bahawa bahan mentah dibeli di pasar raya yang berdekatan dengan sekolah. Berdasarkan kajian, antara menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi lemak, nasi minyak, nasi ayam, mee goreng, bihun sup, kuih-muih dan roti. Air minuman juga turut disediakan.

Di dalam kajian ini, terdapat beberapa perkataan yang sering digunakan. Antaranya ialah cita rasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2010) cita rasa memberi maksud kegemaran dan pilihan, serta kegemaran dan kecenderungan. Selain itu, Wikipedia ada menyatakan bahawa cita rasa adalah suatu cara pemilihan makanan yang harus dibezakan dari rasa makanan tersebut. Seterusnya, menurut Kamus Besar Online, cita rasa ialah satu darjat penerimaan terhadap bahan makanan.

Selain citarasa, pelanggan juga merupakan perkataan yang sering digunakan dalam kajian ini. Menurut Ririnjani (2012), pelanggan adalah orang-orang yang kegiatannya membeli dan menggunakan suatu produk, baik barang mahupun jasa, secara terus menerus. Wikipedia juga menyatakan bahawa pelanggan merujuk kepada individu yang membeli barang yang dihasilkan dalam ekonomi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), harga ialah nilai sesuatu barang dengan kiraan wang. Menurut Wikipedia pula, harga dalam konsep ekonomi adalah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan dengan kiraan wang. Harga merupakan satu pembolehubah penting dalam teori pembahagian sumber atau teori harga. Menurut Basu Swastha (2001), harga didefinisikan sebagai jumlah wang yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah gabungan barang beserta pelayannya.

Setzer Munavizt (2010), menyatakan bahawa menu memberi maksud pilihan makanan yang dihubungkan dengan kertas atau media lain di mana pilihan makanan itu tertulis. Menurut Konx (2009) pula, menu ialah makanan yang tersedia untuk pelanggan yang dapat mereka pilih dan nikmati. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan menu sebagai senarai makanan yang disajikan pada sesuatu hidangan atau yang boleh dipesan di restoran.

Akhir sekali ialah kepuasan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kepuasan adalah perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan dan ketenteraman jiwa. Dalam kajian di Scribd.com, pelanggan adalah suatu keadaan di mana keinginan, harapan, dan keperluan pelanggan dipenuhi. 


Sebarang persoalan, boleh komen atau chat jee :) InshaaAllah saya akan tolong.


entry ni tak cun pun

77 comments:

  1. apa maksudnlima perkataan yang sering digunakan tu.. dan saya tak paham tahun yang dalam kurungan tu...
    pless balas...
    tq..

    ReplyDelete
  2. 5 perkatan y slalu kta guna dlm kajian. mksdnya perkataan y banyk kita guna dalam dapatan nanti. cth sy buat ttg kepuasan pelanggan, so boleh la cari mksud kepuasan dgn pelanggan.

    tahun dalm kurungan mksudnya tahun terbitan. cth, sy guna kmus dwan bahasa edisi keempat. thun terbitan dy 2010.

    harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  3. tajuk pengenalan ni tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan kantin atau penjualan makanan dan minuman di kantin....???

    ReplyDelete
  4. tajuk pengenalan ni, faktor kepuasan pelanggan thdap kantin.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. terima kasih syafiqah awak punye pbs banyak membantu saya, good luck for stpm ! ;)

    ReplyDelete
  7. Siti Nuratiqah : Power point belum siap lagi. Cikgu belum bagi taklimat lagi.

    ReplyDelete
  8. btw pengenalan ni utk isu yg kita kaji ke?

    ReplyDelete
  9. yang 5 perkataan tu perlu ke kita terangkan ?

    ReplyDelete
  10. 5 perkataan tu cuma bagi maksud je.

    ReplyDelete
  11. pengenalan ni bleh ltak latar belakang x?

    ReplyDelete
  12. Anoy : latar belakang tempat ke? kalau tempat, letak dekat lokasi kajian. kalau latar belakang kajian boleh la.

    ReplyDelete
  13. mintak kebenaran copy maksud citarasa dan pengguna ya.

    ReplyDelete
  14. graf analisis data kena letak dlm dapatan kajian ke atau lampiran?

    ReplyDelete
  15. Anoy : graf tu letak dalam dapatan. selitkan huraian

    ReplyDelete
  16. Thanks much! a very good reference! :D Terima kasih ya :)

    ReplyDelete
  17. Pikah : hai kwn lame , huhu ..nk tnye nie ..esei bhagian pngenalan bleh jew lg pnjang drpd esei bhgian dapatan kajian ...

    ReplyDelete
  18. Christine : most welcome :)

    Anoy : haii :) pengenalan ni just nak cerita ttg kajian kita. dapatan tu cerita ttg hasil analisis kaedah kajian. dapatan lagi pnjang dari pengenalan. dapatan y ade dlm blog ni cme contoh shaja.

    ReplyDelete
  19. salam..boley saya tahu,apa beza pendahuluan,pengenalan dan sinopsis? saya keliru la...

    ReplyDelete
  20. Norhafidah : pendahuluan dengan pengenalan tu perkara y sama. sinopsis ni ringkasan kpada kajian kita. pengenalan/pendahuluan tu macam cerita ape y kita nak kaji. cerita secara rawak je.

    ReplyDelete
  21. Norhafidah : Buat sinopsis dengan pengenalan sahaja.

    ReplyDelete
  22. salam. tahun ni saya pilih tema sukan. cabaran dan kepentingan sukan bola sepak di smk sri penang. apa point pengenalan yg sesuai nak dimasukkan?

    ReplyDelete
  23. hani : wassalam. awak boleh cerita ttg bola sepak tu. sejarah dia ke. cara main ke. nanti isi kan jugak lokasi tu sikit.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum~
    First, akak mmg save my dying life huhuu~~TnT sy bdak F6 2014 (sem 2) n tgh bangang kepala otak in buat pbs... 1000% xde clue lgsung psal cmne cara2 nk buat.bdak2 last year sume da blah ntah kemana; nk contact pon susah..dah le majoriti batch f6 thun ni hmpeh2;they need someone to guide them in everythin..n sy cm kesian gak tgk diorang haha~ oke la nih, bole gak tolong classmates ala2 wonderpet gtu buhahahaah!!!XD
    n kakak punyer inisiatif bkak blog utk pbs mmg sy salute hbis ah! anyway, thxxxx a very veryyy lot haha!!
    -aku budak kelate_

    ReplyDelete
  25. -aku budak kelate-

    waaaaa. make me touch betul! haha. btw, situas kita sama je masa mula buat pbs ni. sebab akak first batch yang kena buat menda alah ni. so, gigih cari dalam google. but, NOTHINGS! nangis tu ade lah jugak. nasib punya cikgu PA yang baik hati, guide we all. so, why not akak share dengan semua orang yang tak faham atau kurang ngerti pasal pbs ni kan.

    So, do ask ur friends utk tgok sini kot kot dorang tak faham lagi. InshaaAllah akak bantu mana yang mampu.

    -kito ore klate jugokkk :P -

    ReplyDelete
  26. akak,kalu sejarah tokoh.,,nk cite ape je dlm pngenalan tu..?

    ReplyDelete
  27. Anoy : crita la ape y dia buat sampai jadi tokoh. lepastu kalau ade anugerah, haa tulis je. tapi jangan terangkan sangat. sebab nanti kite cerita dalam esei. cerita pasal biodata dia pun boleh. ni akak bagi contoh, nanti tanya cgu dekat sekolah. boleh tak buat macam tu. sebab pbs ni depend pada cgu. moga moga dipermudahkan lah :)

    ReplyDelete
  28. terima kasih.. :D

    ReplyDelete
  29. maksud tu memang ke carik dekat kamus dewan jugak ke ?

    ReplyDelete
  30. Anoy : kena cari jugak dalam kamus dewan. sumber sekunder. taip je perkataan ape dekat google. inshaaAllah ade. :)

    ReplyDelete
  31. Anoy : kena cari jugak dalam kamus dewan. sumber sekunder. taip je perkataan ape dekat google. inshaaAllah ade. :)

    ReplyDelete
  32. akak kalau kajiannya tentang persepsi penduduk kampung terhadap haiwan peliharaan tu...mcm mna ye... nak bagi isinya...apa yang perlu kita masukkan dalam menyentuh tajuk itu?????????? akak pls help me.aq tanga bereng ni...ngak tao gimana mau d selesaikan...begong dh ni...............................

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pengenalan , bagi jak maksud dulu. persepsi = pendapat. masa buat kajian kita tnya lah penduduk ttg haiwan y dpelihara oleh pnduduk. ggu kehidupan kita ke. masalh bising bunyi haiwan ke.

      dalam pengenalan ni, buat pasal maksud je dulu. mcm contoh y sy bagi. search lah sdkit ttg haiwan peliharaan. binatang apa y biasanya dipelihara.

      harap dapt membantu. kalau masih kurang jelas, tanya ye :)

      Delete
  33. assalammualaikum kak iqa. nak tanya pengenalan nak berapa muka surat ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. pengenalan ni buat 1 1/2 muka surat je. sebab markah dia pun sikit. banyakkan dekat dapatan kajian, lokasi kajian. :)

      Delete
  34. Salam akak, bgaimana nak buat pngenalan tentang perikanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, pengenalan ni cerita ttg maksud je sbnrnya. maka, cerita la maksud y berkaitan dgn perikanan. amik 5 perkataan y slalu guna dalam dapatan. lepastu cari maksud dengna 3 sumber atau lebih. google ' perikanan' mungkin dapat membantu lagi. :)

      Delete
  35. Assalamualaikum akak , nak tanya sikit :) hope sudi membantu . saya buad tajuk kesan pternakan kambing . so dalam pengenalan tu kena letak maksud jelaa ? still pening ahhh :'( cikgu pulak harap je kita org buad . takde guide pape :'/

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam dik. inshaaAllah sy bantu semampu mungkin :) trima kasih sbb jadikan maklumat dalam blog ni sebagai guide awak walaupun tak seberapa tapi rasanya dapatlah membantu sikit kan. :)

      oke, berkenaan dengan soalan awak tu, dalam pengenalan ni akak cerita tentang 5 maksud y kerap diguna dalam dapatan. lepastu, akak ada selitkan juga sedikit info berkaitan dengan perniagaan. so, awak boleh la letak info berkaitan dengna penternakan kambing.

      kat sini awak kena mainkan peranan. kena pandai google pasal penternakan kambing tu. kalau jumpa, copy paste dekat words. lepastu baru pilih ayat mana y sesuai. memang penat sikit lah, tapi berbaloi sebab kita ada point and bukti utk hurai dalam kajian kita. copy paste jugak dia punya link tau.

      tu je lah y akak mampu tolong, kalau kurang faham lagi tanya tanya lah ye. maaf lambat reply ,sibuk jaga anak :)

      Delete
  36. Hai Akak ! First of all, thanks for all the info !!! Saya nak tanya, if pasal pembuangan sampah sarap, pengenalan tu nak buat mcm mana ? Saya dah buat maksud sampah, info 3r, then ada sikit2 pasal sampah sarap di tempat kajian. Boleh tak akak bagi idea untuk lebihkan lagi input dlm pengenalan saya :) Hope tak menyusahkan :)) Thank youuu!
    -choihee-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai! trima kasih jugak sebab rujuk blog yang biasa biasa ni. tgok balik pada objektif kajian awak. kaitkan dengan objektif sbb memang tujuan kajian tu nak capai objektif kan? hehe.

      dalam pengenalan tu, awak dah buat y maksud 5 perkataan y kerap diguna dalam dapatan? kalau belum, buat tau. setiap perkataan tu mesti ada 3 sumber carian. macam contoh kat atas.

      awak boleh la selitkan sikit pasal objektif kajian awak. contoh, kesan pembuangan sampah. hurai sikit dalam tu.

      moga dapat membantu ! :)

      Delete
  37. Terima kasih sgt !! Sekarang ni lebih jelas untuk buat pengenalan :)) Tapi boleh tak akak bagi lebih maklumat mengenai 5 perkataan tu sbb cikgu saya tak terangkan dlm kelas ? :( Tq !! Sorry menyusahkan
    -choihee-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama. hehe :)
      5 perkataan tu ialah perkataan y bakal awak tulis banyak kali dalam dapatan kajian nanti. contoh, sampah sarap. cari maksud sampah sarap dari tiga sumber y berbeza. buat mcm contoh kat atas tu.

      1- pelupusan
      2- sampah sarap
      3- ...
      4- ...
      5-....

      dengan 5 perkataan tu, awak dah boleh buat karangan tau. hahaha. tak faham lagi tanya ea :)

      Delete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Hi, Can i ask like your tajuk is faktor kepuasan pelanggan terhadap kantin so you can kaitkan the pengenalan with the definisi of ood right ? But how about mine ? What should I kaitkan with ?
    My tajuk is kesan pembangunan terhadap persekitaran.
    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sure u can. I'll help as long as i know. What is ur objective? Do relate objective in this introduction.
      Awak boleh kaitkan perkataan y sering diguna dalam pengenalan. Contoh persekitaran, pembangunan and so on.

      Seterusnya cerita sikit ttg kesan pembangunan y bakal awk hurai lebih panjang dalam dapatan. Do google 'kesan pembangunan' 'kesan pembangunan pada alam sekitar' and others.

      Moga dapat membntu awak. Sama sama :)

      Delete
    2. saye nak tnye..punca dan kesan pencemaran kene letak skali dlm pengenalan tu ker...

      Delete
  41. Sy buat ttg integrasi dan perpaduan dlm kejohanan rumah sukan. Sy sebenarnya tatahu nak masuk kan apa dlm pengenalan pbs sy. Sy ada idea tp takut salah tau, idea nk msuk kn pngenalan tu, ttg sejarah kejohanan rumah sukan tu bila bermula, bole ke? Then apa yg ptut sy masuk kan lg. Sy hrap akak dpt bantu sy =)

    - andr -

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kaitkan kelebihan buat sukan tu. siapa yang join. biasa buat bila. nak cerita pasal sejarah dia pun boleh. :)

      Delete
  42. salam kak ika . sy buat tentang kejohanan merentas desa . apa yg patut sy msukkan dlm pengenaln ? objektif kajian kena msukkan jgak ke ? harap kak dapt bantu sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      buat jargon. 5 perkataan tu ialah perkataan y bakal awak tulis banyak kali dalam dapatan kajian nanti. contoh, merentas desa. cari maksud merentas desa dari tiga sumber y berbeza. buat mcm contoh kat atas tu.

      1- desa
      2- kejohanan
      3- ...
      4- ...
      5-....

      dengan 5 perkataan tu, awak dah boleh buat karangan tau.


      awak search la google pasal merentas desa ni. pastu nanti copy sikit sikit then hurai la mana yang rasa boleh hurai tu. objektif tu nyatakan sikit sikit je .takyah hurai beria sangat.

      https://www.google.com/#q=maksud+kejohanan+merentas+desa+

      https://www.google.com/#q=kejohanan+merentas+desa+

      nanti pilih la link mana satu nak baca. moga membantu :)

      Delete
    2. oke kak . thanks alot . info yg akak bg betul2 membantu sy . :D

      Delete
  43. salam akak..sy buat pasal tapak pelupusan sampah..sy buat soal selidik dgn pnduduk kg je..nk kna buat jugak ke soalan untuk pihak tapak tu??pengenalan tu cerita pasai definisi alam ngn tapak tu je la eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      'ikut awak la nak buat responden dengan siapa. kalau soalan tu ada nak ditanya kpada pihak tapak tu, buat lah utk 5org responden je(10soalan). takyah banyak.

      http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/tapak-pelupusan-sampah-krubong.html

      https://www.google.com/#q=tapak+pelupusan+sampah+sarap



      dalam pengenalan tu, awak buat y maksud 5 perkataan y kerap diguna dalam dapatan. . setiap perkataan tu mesti ada 3 sumber carian. macam contoh kat atas.

      awak boleh la selitkan sikit pasal objektif kajian awak. contoh, kesan pembuangan sampah. hurai sikit dalam tu.

      link tu nanti cari lah mana yang sesuai. lepastu amik n huraikan.

      moga dapat membantu ! :)

      Delete
  44. oh camtu ke buat,,baru taw.thanks sis,,sis kalo boleh nak tanye tips camane nak taw yang julah perkataan kite dah lebih 5000? sebab takut terkurang/ terlebih bile buat nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa sy tgok dekat bahagian bawah belah kiri microsoft word. contoh lokasi kajian berapa ratus pp. kaedah berapa. then nanti gabung pastu kira. camtu je. lebih sikit takpe.

      Delete
  45. ohh thanks 4 de info sis,,haha. nanti nak apply ape degree??

    ReplyDelete
  46. good info sis! tapi saya nak tanya sikit..saya buat pasal isus demam denggi...jadi dalam pengenalan apa yang saya patot guna 5 perkataan tu..saya cuma terangkan maksud demam dan denggi je..lain saya tak tau pun..harap sis dapat bantu :)

    ReplyDelete
  47. HI kak :)
    Tajuk saya ialah kaitan tentang sampah sarap ,
    yang mana 5 perkataan boleh dikaitkan ?

    1 . sampah sarap
    2 . Sikap pembuangan sampah
    ...

    ReplyDelete
  48. syukur dapat temu blog nih. ni pn last minute buat semua ni. wish me luck. nak siapkan secepat mungkin. tsktsk.

    ReplyDelete
  49. Salam.. Sis, kalau saye buat mksud berdasarkn tajuk boleh kn ?

    ReplyDelete
  50. Salam. Akak, macam mana nak buat pengenalan sukaneka dapat mengeratkan perpaduan antara pelajar asrama dengan pelajar bukan asrama ehh ? #terawang-awang lagi nie . Huhu harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  51. salam akak, cmne nk bt pngenalan tntg projek ternakan itik??????

    ReplyDelete
  52. slm akak ,sy masih pening pening lalt laa yg relate dengan penternakan ayam ,,sy punyer objektif faktor n kesan ..cmne ek nk hurai tu akak ??

    ReplyDelete
  53. slm , akak , kalau nk buat pengenalan tentang kempen tanpa hari beg plastik kt tesco cmne ? harap boleh bantu :)

    ReplyDelete

 
syafiqahrazali's blog since 2009❤